al-fatihah buat arwah wan mohd asyraf


Pagi semalam, aku dapat berita saudara aku yang juga my childhood friend telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah meninggal di tempat kejadian iaitu di kuala krai. Sebak. Sehari dua yang lepas aku baru je tengok facebook arwah, dan hari ni dia dah tak ada. Ternyata Allah lebih sayangkan dia.

Lepas balik melawat keluarga arwah, aku buka facebook arwah. Gambar terakhir dia upload adalah gambar dia masa kecik-kecik, bersama adik bongsu lelaki. Paling memeranjatkan, gambar itu berlatar belakangkan signboard yang besar bertulis “Kuala Krai”, tempat di mana beliau meninggal dunia. Aku rasa itu seakan-akan petanda yang arwah nak tinggalkan dunia ni.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana. Al-fatihah untuk Wan Mohd Asyraf. 
arwah yang duk belakang aku pakai baju biru. (aku yang pakai baju merah)

Berita kemalangan boleh dibaca disini.

Powered by Blogger.