deepavali hols

cuti deepavali baru ni aku dan suami balik ke pahang. suami tolong mama dia usahakan apa-apa yang patut kat kebun. dan aku pula sibuk main game kat rumah. haishhh. selain ke pekan, kami ke kuantan rumah abang ipar. ni kakak ipar yang masakkan, asam pedas beliau memang kawww habis. sedap! 


kalau ke kuantan, memang aku dan suami akan berfoya-foya di east coast mall. kat kb mall mana ada starbucks dan rotiboy. sobbsss


paling suka starbuck's mocha praline. tapi minggu lepas aku rasa macam lebih pahit daripada biasa. adakah kerana tiadanya whipped cream? 


one is never enough. yaaa, tapi kalau makan panas-panas lah. bila dah sejuk tak sedap. okay, sekarang dah tak mengidam dah. 

Powered by Blogger.