Sunday, October 2, 2011

review: wedding videographer

Posted by farah aminuddin at 2:32 AM
aku ada hire seorang videographer untuk reception aku baru-baru ni, okay lets name him as abang AS. aku rasa macam famous juga lah dia kat kelantan since tak ramai sangat videographer kat sini. frankly, aku tak punya masalah dengan dia semasa hari kejadian. he's friendly and humorous. yang sedihnya, service dia kurang bagus.

dalam perjanjian, aku sepatutnya dapat full video dan 5 minutes highlight within two weeks. selepas dua minggu, dia tak contact aku langsung dan aku cuba sms dia. dia cakap video dah siap but he was not around, jadi aku tak boleh pergi kedai dia untuk ambil dvd tu. lama aku tunggu, hinggalah masuk bulan kedua, aku sms lagi. masih jawapan yang sama. aku tak sedap hati, so mintak husband tolong call dia pakai number husband. aku pernah guna number aku untuk call, tapi dia reject. 

husband aku berkeras nak ambil keesokan harinya. so dia setuju tapi suruh kami datang lewat tengahari. aku rasa maybe malam tu sebenarnya baru dia start edit video aku. why? sebab bila esoknya aku dapat video tu, ada satu dvd tu dia ter"burn" majlis nikah orang lain. what the hell. lepas tu, lagu yang aku requested untuk masukkan dalam video tu satu pun tidak ada. suka-suka hati dia je letak lagu pilihan sendiri. dan lagi satu, video highlight aku sampai sekarang, i repeat, sampai sekarang dia tak siapkan. sakit hati tak? memanglah kedengaran macam benda remeh, highlight saja pun. but i paid for it and it was not cheap i tell you. 

orang macam ini memang nak kaya cepat. kononnya, polisi dia pengantin kena jelaskan bayaran penuh pada hari majlis. lepas dah dapat semua duit, kerja mulalah malas nak buat. memang spesis suka menipu. padanlah kalau dekat wall facebook dia disablekan wall post. tak nak bagi client tulis pasal keburukan dia. susah kan nak hire orang yang betul-betul boleh dipercayai. 

4 comments:

Diya on October 3, 2011 12:46 AM said...

hehe dah boleh komen.

tak patut betul part burn dvd majlis orang lain. nampak sangat buat keje last minute.

farah aminuddin on October 3, 2011 12:49 AM said...

diya jgn hire dia eh. huhu

~ mizzAmy ~ on October 5, 2011 8:49 PM said...

farah, kasi update lah nama dia. kang kalo akak ter'hire kang nanti susah plak. lol.. hahaha

farah aminuddin on October 5, 2011 11:35 PM said...

nnt sy pm kat twitter kak

 

grins and giggles Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei