tips menghadiri interview spp

ceh, baru pergi interview tadi dah ada hati nak bagi tips kat orang? panggg

actually ni bukan tips lah sangat, tapi sekadar berkongsi pengalaman aku. mungkin terjadi masa hari interview korang, dan mungkin tidak. sebabnya penemuduga adalah orang yang berbeza.

killer question tuan haji tu, merangkap soalan pertama beliau:

awak datang ni untuk temuduga sebagai apa?

aku dah cuak, aku betul-betul tak ingat pppp whatever tu. tak ambil tahu, tak hafal. padan muka soalan senang pun tak boleh jawab. muka penemuduga dah tak puas hati. nasib husbandku kat sebelah, dialah penyelamat kami daripada kena halau keluar. hahaha

so adik-adik, jawapan dia adalah pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred dg41.

lagi, tolong hafal falsafah pendidikan negara ya. sebijik-sebijik.

selain tu, bolehlah study pasal pedagogy, learning theory, multiple intelligence, nkra pendidikan dan etc.

ok all the best!

Powered by Blogger.