cerita malam nikah

masa majlis akad nikah (malam), aku pernah cerita yang aku takde mood langsung sebab hati tengah panas pasal bridal boutique yang gila tu. memang agak kalutlah malam tu, sampai goodies pun tak sempat bagi pada tetamu. malam tu, aku duduk agak jauh dari pengantin lelaki, so apa yang dia duk berbisik dengan tok imam tu pun aku tak tahu (tapi finally tahu jugak sebab husband cerita).

yang aku ingat, tiba-tiba abah datang minta ic aku. yes, kad pengenalan. dengan yakinnya aku masuk bilik ditemani abah dan umi, buka handbag, buka purse dan cari. dangggg! it was not there. cuak tahap gila baby okay! muka dah start panas. cari sana cari sini tak jumpa jugak. last-last aku gave up, mengamuk dan lempar purse tu sambil marah-marah. oh serius buruk perangai aku bila dah naik darah. time tu jugak kena marah dengan abah dan umi, mintak aku sabar.

lepas tu hajar, adik aku yang paling PENYABAR masuk bilik tanya apa jadi. aku dah nak pengsan dah. so dia took over cari ic aku. finally, jumpa! dalam one of the compartments. aku dah buka sebelum tu. tapi sebab cuak, aku tak ternampak. pengajarannya, kena SABAR. insaf.


masa majlis, tak kisahlah masa akad nikah atau reception, memang akan ada banyak drama. tapi bila kenang balik, rasa seronok pun ada sebab ia buatkan majlis tu lebih memorable. lols

Powered by Blogger.