cerita semalam

my cousin's wedding is on june. wedding theme adalah purple. so selaku cousin, haruslah aku nak tempah atau cari baju khas ikut warna tema kan. so, duk browse thru baju-baju kurung moden siap dekat facebook, rata-rata mahal jugaklah, padan dengan heavy manik tu semua. paling murah pun dalam RM150 tak masuk postage. adalah sepasang dua yang menarik minat masuk dalam watchlist. 

belek punya belek, aku buat keputusan untuk beli kain plain then upah jahit, boleh save cost lagi. so pencarian kain bermulalah semalam. pergi gulatis. printed punya memang cantik-cantik, padan dengan harga lah. tapi aku taknak printed, aku mencari yang plain. then, jumpalah satu design ni, plain jacquard tapi ada background bunga yang tak berapa nak visible. cantiklah, pada aku. 

ok lepas dah confirm, nak bayar. tengok harganya adalah lebih dari baju siap yang aku duk aim tu. okayyyy fine. takdelah nak jimat bajet konon-kononnya tu. tu baru kain, belum upah lagi. sobs. takpe, lepas ni kena lebih rajin mengajar kelas tuisyen. 

baju ni nanti nak matching kan dengan shasmeen. heh, over the top kah?

credit: radiusite

Powered by Blogger.