clearance sale

bukanlah clearance sale. bukan. bukan. semalam sesi 'give away' shawls yang tak nak dipakai. banyak sangat, buat semak bilik aku. nasiblah ada adik perempuan ramai, so suruh diorang pilih mana yang nak. dan, lastly satu paper bag besar diorang angkut bawa balik. bagusss. meaning, tiada istilah membazir disitu.


ini separuh dari koleksi yang aku taknak. banyak reasons aku taknak pakai. first, material tak best, samaada terlalu tebal atau terlalu nipis. second, terlalu pendek tak boleh nak cover dada sebaiknya. third, warna tak cantik. bila tengok online nampak macam lawa, in real life sangat tak. fourth, esok aku bagitahu.

bila si kakak-kakak sibuk menerai tudung, aleeya pun sibukkkkk jugak. tapi demand, dia suruh orang belikan dia tudung kat butik AALIA sebelah gulatis untuk dia pakai ke sekolah. ohmy.

yang aku nak pakai ada dua lori. ok tipu. ada sama banyak dengan yang taknak pakai. tapi yang nak pakai dah susun cantik-cantik dalam almari. dah asingkan mana plain, mana printed. konon rajinlah semalam. koleksi tudung memang banyak, tapi kalau dah sedap pakai yang tu, yang tuuuu jugaklah yang aku cari. 

aku ni kononlah beli syria lah syria arablah, tapi shawl juga yang sedap pakai. hari tu tetiba mengada nak pakai bawal. so gigihlah pagi-pagi buta duk menyeterika tudung bawal. sekali bila suakan ke muka, omgggg i couldn't wear that! tak reti, tak menjadi, tak sesuai, tak sedap dan sangat leceh i tell you. last-last ganti dengan shawl juga akhirnya. hish, statement lupa daratan kan, padahal dolu-dolu bawal tu jugak yang kau pakai. 

Comments
2 Responses to “clearance sale”
  1. daiazali says:

    farah....

    visit me at

    daiazali.blogspot.com

    hehe :)

Powered by Blogger.