gaduh tapi sayang

alhamdulillah, aku dapat attend kissm (kursus induksi) together-gether dengan husband next week. sepatutnya, husband pergi dulu dan aku attend bulan mei punya. siap dah book hajar untuk teman aku kat rumah masa husband tak ada. tapi nampaknya tak jadilah. surat panggilan husband sampai dulu, so dia dah mentioned dia dalam surat jawapan untuk pergi dengan bas yang disediakan. tup-tup aku pun kena pergi sekali, dan tempat kursus adalah di kuantan, pahang so kami berdua buat keputusan untuk pergi sendiri. senang sikit, boleh singgah pekan (kampung suami). dalam surat jawapan aku yang baru sampai ahad lepas, aku pilih untuk pergi sendiri.

tiba-tiba tadi dapat phone call dari pegawai jpn. dia tanya, 'boleh saya tahu awak ni tengah bergaduh dengan suami ke?' mula-mula bengang jugak, apa kes kan. lepas tu dia cakap sambil tahan-tahan gelak, 'sorang nak naik bas, sorang nak pergi sendiri. macam mana ni puan farah?'

LOL.

aku pun bantai gelak time tu jugak. lepas tu aku explained kisah sebenar dan dia faham. dia pun tumpang gelak sekali dow. hahahampeh! habis kena gelak dengan akak-akak office.

okay. cerita pasal gaduh ni, pasangan mana tak pernah bergaduh kan. aku dulu suka jugak cari gaduh, tapi sekarang dah slow sikit. tapi selama ni, aku tak pernah bergaduh sampai dua tiga hari. paling lama pun duapuluh minit. tapi dalam kes diatas, kami tak bergaduh langsung tau!

Comments
2 Responses to “gaduh tapi sayang”
  1. Nadia says:

    hahahaha lawak la! ;)

Powered by Blogger.