hari ini

hari ini aku bagi pelajar (kelas sama seperti yang aku pernah cerita sebelum ni) word maze. siapa siap dulu dan dapat cari semua words akan dapat seringgit. pergh, dah pandai main duit-duit sekarang. tetiba je muka sorang-sorang nampak berseri-seri, al-maklumlah teacher mereka tawarkan seringgit. hahahadoi. 

fyi dalam kelas aku ni ada seorang pelajar lelaki yang selalu tak puas hati dengan aku. sejak aku mengajar dia masa form two tahun lepas lagi, dia memang tak suka aku. idk why. setiap kali aku tanya dia soalan cara dia jawab memang macam sengaja nak cari pasal. sinis dan berlagak gila. kiranya dia tak pernah cakap elok-elok dengan aku.

tadi, dia berjaya siap dulu word maze tu. terketar-ketar tangan dia hulur worksheet tu. seriously, he was shaking! aku rasa sebabnya selama ni dia tak pernah achieve something kot dalam kelas. tu yang dia rasa macam tak percaya je dia menang. so aku bagi seringgit seperti yang dijanjikan, dan dia cakap terima kasih (dengan sopannya, for the first time ever!).

masa balik tadi, aku tengah tunggu husband jemput. budak tu nampak aku, terus menegur aku dengan baik dan "caring"nya "teacher tak balik lagi ke?". "teacher nak balik dah ni". "oh. tengah tunggu suami ambil teacher ke?". aku angguk dan memusingkan muka aku sambil rasa nak jerit "omg what happened to this boy??!!!!" sepanjang aku mengajar dia empatbelas bulan ni, dia tak pernah-pernah nak cakap macam tu dengan aku. so i think that was his genuine emotion. 

itu baru seringgit. but it makes a difference. see, the power of reward :p semoga selepas dia menghabiskan seringgit itu, dia tidak kembali kepada perangai lamanya. haha

Powered by Blogger.