chill lah!

sebulan dua ni jadual akan lebih busy daripada biasa. sebab sekarang ni minggu-minggu terakhir pmr, dan kemudian spm. tapi masa-masa macam nilah datang angin nak blogging. cissss. kelas tambahan yang biasanya dua minggu sekali sekarang dah jadi setiap minggu ada. takpe, kata nak berkorban untuk students kan. apa guna naik gaji kalau tak boleh kerja lebih masa sikit? haha.


hari ni bad mood sikit lah. taktau lah maybe sebab:

1. pening-pening kepala dari pagi tadi, atau
2. lepas baca essay (paper 2) budak-budak ni yang grammar tahap hancur lebur. bila aku baca rasa macam dihanyutkan dalam sungai gituuu.

aku tak marah kalau buat silap. tapi kalau silap yang sama korang buat, naik menyampah jugaklah. berbuih mulut aku, berpeluh-peluh ketiak duk explain itu ini, bila tiba buat essay korang lupa semua. pakai main hentam je tulis.tak semua pun macam tu. yang betul-betul pay attention dan bertanya dalam kelas memang boleh buat sebenarnya.

ok taknak stress lah. makin aku stress, makin bertambah kilo, makin teruk dark circle. jadi;


mari bertenang!


Powered by Blogger.