mee bandung (no recipe)

adik aku datang rumah.

gigih sungguh datang sini semata-mata nak layan bola. epl kot, aku tak ambik port sangat pasal bola sepak ni. zaman aku gilakan pemain bola sepak sudah berlalu. pheeww

tak kisahlah tu. just nak cerita.

tadi aku masak mee bandung. mee bandung laaa sangat. aku pakai pes je. tapi terletak lebih air, so sangat cair. so aku modified sana, modified sini, dapatlah jugak siap mee bandung aku. pada pengamatan lidah aku ni, memang tak sedap langsung. risau jugak, satu mangkuk besar aku masak. jawabnya buang sajalah lepas ni.

then lepas maghrib, aku ajak suami dan adik makan. beyond my expectation, diorang makan menambah okay! licin satu mangkuk besar tu. geli hatiiiii siot. mungkinkah mereka:

1. lapar gila
2. saja nak ambik hati aku
3. tak pernah makan mee bandung sebelum ni, so yang aku masak tadi adalah acceptable? haha
4. dan lain-lain

adik aku dengan suami adalah sama saiz dan sama tinggi. macam diorang pulak adik-beradik. suka tengok diorang makan. haha!

entri takde motif dan takde klimaks. sekian.

Powered by Blogger.