raya pertama

giliran raya pertama tahun ni adalah di pasir puteh, bersama family aku. tak pernah-pernah dalam hidup bila raya kami pakai sedondon. tapi tahun ni tiba-tiba je ada warna tema. dark teal okay! hehe. cuma abah dan adik lelaki aku je pakai biru muda. tapi dalam gambar, nampak blend in je. 



hari raya pertama biasanya kami satu family akan balik raya rumah tok ayah dan tokma, lepas tu rumah saudara mara terdekat then baru bertolak ke machang, kampung abah. cuma raya tahun ni banyak juadah sama je. aku tak berapa selera sangat nak makan. so bila baliknya ke rumah abah, petang tu aku masak nasik, goreng telur makan dengan kicap. fuuuh sedaaap. aku ingat aku nak makan sorang je, lepas tu adik-adik berduyun-duyun datang join. hahampeh

Powered by Blogger.