sue sweettouchgallery

aku rasa aku belum share lagi kat blog ni siapa mua aku masa aku kahwin dulu. haaaa, tak lain tak bukan kak su dari sue sweettouchgallery. comei sangat orangnya, macam artis gituuu. kak su bukan saja mua, tapi dia jugak ada butik pengantin. so lebih menyenangkan lah kan, kalau dah tempah pelamin, boleh ambil sekali dengan pakej baju dan mekap. macam aku dulu, aku dah pergi tempah dengan bridal lain (yang macam *&^%@$! tu) dulu sebelum jumpa facebook kak su. takpelah, i okay je haha.

mengikut pengalaman aku, kak su ni baik. lemah lembut je orangnya. dia datang on time untuk kedua-dua majlis, akad nikah dan sanding. so memang takde masalah berurusan dengan dia. dari segi mekap pun aku puas hati. kalau nak tengok hasil dia mekap aku, sila belek entri-entri lama kat sini. aku malas nak letak sebab pengantin lama kan. i maluwww

ni sebenarnya tetiba pos pasal sue sweettouchgallery sebab ternampak gambar pelamin dia upload kat facebook. aduiiii cunnya. pelamin aku dulu (dengan bridal lain) memang kekurangan bunga-bungaan. kalau ada pun, memang nampak cheap dan hodoh. so bila nampak pelamin dengan bunga-bunga indah aku memang meroyan betullah. lols


umi cakap, nanti hajar kahwin dia nak tempah dengan sue sweettouch gallery. haha boleh tak?? adik aku tu baru je masuk matrikulasi. umi dah berangan-angan nak tempah dengan bridal mana. tuan punya badan tak tahu pape. tapi tak salah umi jugak, kesian dia fobia dek pelamin aku tahun lepas. hihi.

okay, so kalau mana-mana readers tengah cari butik pengantin atau mekap artis di area kelantan ni boleh ke facebook sue sweettouchgallery okay. Phone number pun ada kat situ.

Powered by Blogger.