recommended hotel johor bahru


awal cuti hari tu, kitorang ke johor sebelum pergi kl. adinda helmi ada kat utm sana, so haruslah pergi jemput  dia dulu. bertolak seawal 6.30 pagi dan sampai skudai dalam pukul 5 petang. jauuuuuuuh siot johor! kitorang stay satu malam di tropical inn, johor bahru. aku tempah suite, sebab ramai kan. kesian pulak kalau tidur berhimpit-himpit. hambik, 8 orang masuk sekali satu bilik. nasib baik suite tu luassssss, dan dari situ boleh tengok pemandangan bandar jaybee yang cantik.



malam tu keluar cari makan. tapi aku dan family bukannya terer pasal johor ni. aku ada search kat internet pasal kedai makan mana yang okay, tapi semua yang aku listed-kan tu tak dapat dijumpai. haha! finally kitorang berhenti makan kat sekinchan ikan bakar, dekat dengan tune hotel danga bay. awal-awal masuk, masing-masing muka gembira. kitorang sampai dalam pukul 8.15 malam, then tunggu makanan sambil layan semi-final muzik-muzik. 

tunggu, tunggu dan tunggu, sampai habis dah show tu, makanan tak sampai-sampai pun. angin takkkk? abah dah tunggu masa nak blah je. nasib baik lah sampai jugak. sebab dah lapar, semuanya licin. sedap ke tak, tolak tepi.


see semua orang dah moyok hahaha. 

so my verdict;
tropical inn jb --- highly recommended. staff kat situ pun bagus, dekat dengan mall dan kedai mamak. ada parking dan breakfast situ boleh tahan.
sekinchan ikan bakar --- kalau tak terdesak sangat, better makan kat tempat lain lah. 

Powered by Blogger.