isu guru begitu guru begini

assalamualaikum.

tadi ada terbaca pasal PM nak kaji semula tugas guru dan nutp minta beban guru dikurangkan. alhamdulillah lah kalau betul-betul diorang nak buat sesuatu. yang tak sedapnya, komen-komen orang yang bukan guru ni. selalu je negatif. guru suka complaint lah, guru dah diberi gaji besar tapi malas buat kerja lah, dll. sedih kan.

padahal yang memberi komen tu cuma nampak sebilangan je guru-guru yang tak berapa suka menjadi guru. padahal berlambak cikgu kat luar sana tu yang betul-betul berdedikasi.

satu lagi, ada jugak komen-komen membunuh seperti 'cikgu ni duk sibuk nak meniaga itu meniaga ini, freelance lagi, bukannya masa free yang ada tu nak guna untuk improve diri sendiri dan sediakan bahan mengajar ke apa'. aku rasa sedih sangat kalau orang duk komen macam tu. macam mana korang tau yang cikgu tu tak buat apa-apa untuk professional development dia? tak sediakan bahan mengajar etc etc? dah siasat hingga ke akar umbi ke sebelum judge someone macam tu?

c'monlah.

“No one truly knows what they will do in a certain situation until they are actually in it. It's very easy to judge someone else's actions by what you assume your own would be, if you were in their shoes. But we only know what we THINK we would do, not what we WOULD do.” Ashly Lorenzana

Powered by Blogger.